Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Rabu, 5 Jun 2013

READY...SET..>GO!!!


Bismillah.


"Tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia. Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah"


Aisyah, tajdid balik niat di hati. Apa sebab aisyah pilih jalan ni? Apa sebab Allah pilih jalan ni untuk aisyah? 
Sebab memang hasrat dan impian dari kecil ke? Sebab nak gaji besar? Sebab nak hidup selesa? Aisyah, ingat ye...Allah letak aisyah kat sini, saat ni..ada sebab musababnya..ada rancangan yg terbaik yg disusun oleh-Nya untukmu. Allah timpakan segala macam kejadian untuk mengajar dirimu segala macam perkara. Allah kurniakan engkau sahabat untuk engkau menghargai mereka. Allah kurniakan engkau ujian untuk engkau bersabar dengannya. Allah kurniakan engkau kebahagiaan untuk engkau bersyukur dengannya dan pelbagai lagi kurniaannya yang tak terhitung untuk engkau menjadi hamba yang bertaqwa dan khalifatullah di alam ini. 

Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk sem baru, dengan nama-Mu ya Allah... aku pohon Kau kurniakan aku dan sahabat seperjuangan jiwa yang besar untuk terus kuat merentasi lautan yang berombak. Kau kurniakan kami cinta yang kami labuhkan kepada-Mu dan rasul-Mu. Kau permudahkan segala urusan kami. 

Teman-teman... jangan menyerah ye ^^


Selesai sesi muhasabah, alhamdulillah dah nampak kurang lebih kat mana..insyaAllah sem akan datang kita ubah ye. Selamat menempuh sem baru. Gambatte!!!



dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan