Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Isnin, 25 Februari 2013

THE END.



Bismillah.

Alhamdulillah! 
Diri ini masih lagi menghirup udara anugerah Ilahi sebagai muslim dan mukmin.
Diri ini masih lagi melaksanakan tugasnya sebagai hamba, anak, pelajar, sahabat dan pelbagai lagi tugas lain yang tergalas di bahu ini (walau x sempurna perlaksanaannya)...tapi...adakah keadaan ini akan terus kekal selamanya???

كل نفس ذائقة الموت
~setiap manusia pasti merasai mati~

Detik yang mendebarkan itu menjadi rahsia Allah, tiada seorang makhluk pun yang tahu bila Izrail akan menjemputnya, bertemu Robbul Jalil. Mungkin sahaja tatkala diri ini sedang mencoret kalamnya, Malaikat Maut datang dan bertemu denganku, maka di sinilah 'the end' buatku.

Apa yg menjadi persoalannya kini, bagaimana pengakhiran itu? HUSNUL KHATIMAH @ SU'UL KHATIMAH??

Alhamdulillah! tiada kata lain yg dpt digunakan utk menggambarkan rasa syukur ini kerana masih diberi peluang utk mengislahkan diri, membentuk diri menjadi hamba yg bertaqwa, insyaAllah. Mungkin sebelum ini, aku tidak mempunyai kesedaran yg sebenar-benarnya bahawa umur manusia itu tidak panjang, boleh diambil bila-bila masa, tidak awal dan tidak terlewat walau satu saat pun...sedangkan aku mengetahui kalam-Nya adalah satu kepastian. Tapi ternyata kasih Allah melebihi segalanya, dihantar oleh-Nya peringatan  buatku bahawa setiap hela nafas ini sesungguhnya milik-Nya.

Usai anatomy laboratory(first time tgok corpse), aku x dpt lagi menahan kesakitan. Makin lama, makin menjadi-jadi. Tekak mula mual. Teman-teman syurgaku ^^ masih lagi setia di sisi; memegang aku, membawa begku(walaupun berat giler). Beberapa ketika kemudian, aku mmg x dpt handle lg rasanya, sakit yg teramat ya Allah! Serius! Tiba-tiba aku rasa semua kudratku hilang, aku mmg x bermaya, jasad aku bukan spt biasa, aku rasa sejuk, menggigil, berpeluh dlm masa yg sama. Adakah ini masanya? Inikah akhir kisah si pengembara ini?? Sungguh, aku masih belum bersedia. Dosaku masih bertimbun pd Allah, ibu bapaku, keluargaku, guru-guruku, sahabatku dan semua insan di sekeliling. Mujur ada mereka yg sejati di sekelilingku, tmpat aku berpaut. Mereka sanggup menghantar aku pulang, memapah aku dgn kudrat mereka. Jazakunnallah kheir sahabat! Sungguh, hati aku menangis kerana Allah memberikan aku teman-teman seperti kalian! Itu salah satu bukti cinta-Nya padaku. Dan bukti lain: aku masih lagi bernafas, bergelak tawa bersama teman-teman...kerana apa? 
He gives me another chance!
Dan aku bersyukur Dia memberikan aku kesakitan itu, boleh jadi sbg kafarah dosaku dan sbg izar  ^^


Wahai diri, bersyukurlah kerana Allah masih memberikan peluang untukmu. Bergembiralah kerana Allah masih menunggu taubat daripadamu, pintu taubat masih lagi terbuka luas. Yakin dan ketahuilah bahawa cinta Allah kepadamu melebihi cinta makhluk lain kepadamu. Kini, segalanya terserah pada dirimu, ingin kau balas cinta agung itu dengan selayaknya atau tidak. Gunakanlah masa yang masih ada ini sebaiknya kerna dirimu tidak tahu bila ia akan berhenti berdetik.

Selamat beramal dan berjihad demi Islam! 
Carilah bekalanmu sekarang! 
Izrail tidak datang setelah kamu benar-benar bersedia!


dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???