Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Sabtu, 25 Mei 2013

MENANGIS.


Bismillah.


Menangis. Hati bagai ditusuk dan dirobek. Allah!!!!!

Dalam fatrah exam ni, pasti kita tak boleh nak lari dari keinginan untuk dapat markah tinggi, kalau boleh 4.0.
dan kalau diminta tip atau petua untuk berjaya...antara jawapan skema : solat hajat dan berdoa. Takdirullah, seorang senior yang sangat saya hormati dan kagumi 'post' gambar tu kat wall saya. Semoga akak sentiasa dalam rahmat dan reda Allah. Zaappppp! TERSENTAP!

Allah..selama ni adakah aku gunakan dunia utk dapat reda-Mu...atau aku gunakan Engkau utk dapatkan dunia??? Allah...selama ni niat belajar kerana Allah benar-benar ikhlas dari hati ini atau sekadar meniti di bibir..langsung tak singgah di hati???

Tepuk dada, tanya iman, wahai diri! 

dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???




Sabtu, 11 Mei 2013

IBU..UMMI..+ Mother's Day.


Bismillah.

Huh! Melanjutkan pengajian di perantauan, beribu-ribu batu jauh dari sosok tubuh yang sangat dicintai kerana Allah, membuatkan diri ini lebih menghargai insan yang bergelar ibu, ummi. Rindu yang membuak-buak ini ku titipkan melalui angin yang berhembus, moga sampai kepadanya. 





"Dan Kami perintahkan kpd manusia (agar berbuat baik) kpd kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dlm keadaan lemah yg bertambah-tambah, dan menyusukannya dlm usia dua tahun. Bersyukurlah kpd-Ku dan kpd kedua org tuamu. Hanya kpd Aku kamu kembali." 
(Luqman : 14) 

Mari telusuri pengorbanan dan harapan seorang ibu, betapa tingginya martabat seorang ibu;


Ya Allah, adakah aku telah melaksanakan amanahku sebagai seorang anak dengan sebenar-benarnya? Diri yang kerdil ini sering sahaja terleka, melalaikan tanggungjawab yang tergalas di bahu. Jasad ini sering sahaja melakukan perkara yang mengguris hati lembut seorang ibu.

Seorang ibu itu sangat istimewa... Kasih sayang yang dicurahkannya takkan pernah bisa disamakan dengan bumi seisinya... Pengorbanan dan jasa seorang ibu dalam melahirkan dan mendidik seorang insan takkan dapat dibalas... Setitik air mata seorang ibu itu boleh memberi impak yang besar dalam hidup insan yang bergelar anak.
Bukankah reda Allah pada reda ibu bapa?

Tika ini, wahai diri yang masih diberi peluang oleh Ar-Rahman... bangunlah dari tidur yang panjang. Gunakan kesempatan ini untuk membuktikan cintamu pada ibu, pada ummi. Wahai insan yang ratu hatinya telah beristirahat dengan tenang, kirimkan bekalan untuknya. Bukankah ia akan menjadi bukti cintamu yang ikhlas kerana Allah?

'Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari mendakapimu penuh girang, bak si kecil kehilangan...'
-Belaian ibu, Hijjaz-

IBU, terima kasih untuk segalanya. Thanks sbb kapit jari kak ya waktu kecik2 dulu bila kak ya x leh jawab homework math. Thanks sbb rotan kak ya dulu bila kak ya buat salah. Thanks sbb masak makanan favourite kak ya. Thanks sbb cukupkan keperluan kak ya. Thanks sbb sentiasa paham kak ya. Thanks sbb selalu peluk kak ya bila kak ya nangis...i really miss your hug. Thanks sbb reda dgn kak ya. Thanks sbb sentiasa bg kak ya support and sentiasa doakan kak ya.

UMMI, thanks sbb sudi jadi ummi kak ya. Thanks sbb sabar dengan kerenah kak ya. Thanks sbb cukupkan keperluan kak ya. Thanks sbb sentiasa bg kak ya semangat and ajar kak ya macam2. Thanks sbb sentiasa doakan kak ya, ambil berat pasal kak ya. Thanks sbb sayang kak ya. 

Nak tulis semua, berpuluh2 muka surat... Yang pasti, kak ya sayang ibu and ummi. Tak sabar nak balik!


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jgn menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kpd ibu bapa. Jika salah seorg di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dlm pemeliharaanmu, maka sekali-kali jgnlah engkau mengatakan kpd keduanya perkataan "ah" dan jgnlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kpd keduanya perkataan yg baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dgn penuh kasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil."
(Al-Isra' : 23-24)

Ketahuilah bahawa ibu merupakan salah satu tanda sifat penyayang Allah kepada diri kita.


Bagi Aisyah, tiap-tiap hari merupakan hari ibu.

dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???

Isnin, 6 Mei 2013

CODE BLUE.


Bismillah.


 -CODE BLUE-

Buang  tabiat ke apa Aisyah ni? Tiba-tiba pilih tajuk drama jepun ni...

Actually, nak share ibrah dan semangat yang dapat bila tengok drama ni... As a medical student, dah menjadi satu keperluan untuk mencuba segala cara bagi meningkatkan minat menceburi bidang yang tough ni, dan salah satunya....menonton cerita yang berkaitan dengan bidang ini.

  • First of all, to be a doctor and involve in human's life saving job... I need to ready myself with every possibilities whether good or bad. So, I have to be ready mentally and physically !
  • Secondly, as 'ibadullah' I must put all my trust on Him and His plan... although I feel miserable with the certainty.
  • A doctor is not the one who give the people life but Allah, and a doctor is only a person who help the patient, as a 'wasilah', as an effort before 'tawakal'.
  • A person's life is very precious and please appreciate every person around you especially the one who you love the most. Although you have to put your effort on make money to support your family and gain achievement, please do spend time with your dear one as long as He gives you the chances to be with him/her ^^ 

hihihi (sorry for the grammatical  error)... So, diri ini kena bersedia dari sekarang, grab semua ilmu samaada ilmu duniawi atau ukhrawi untuk kemaslahatan diri dan ummah, tak kiralah bidang apa sekalipun yang diceburi.


Dr. Aisyah, sila semangat! Tajdid niat! Doctor Ummah-to-be!

Tiada perkara yang mudah untuk digapai jika tidak disertakan dengan usaha yang menggunung dan tawakal yang tinggi sampai ke bintang. Selamat menempuhi jalan-jalan ke syurga ^^ 


 Lastly, nak share lagu ending CODE BLUE...




dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???


Rabu, 1 Mei 2013

The Challenge and The Trust.


Bismillah.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا 
- Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya-
(al-baqarah : 286)

Kalam-Nya sering sahaja kita dengari dan lazimi...tetapi adakah diri ini mengerti dengan sebenar -benar pengertian? Adakah diri ini beramal dengan sebenar-benar amalan? Muhasabahlah guna cermin hati.

Wahai diri, adakah engkau yakin dengan kemampuanmu?
Wahai diri, adakah engkau yakin dengan pergantunganmu kepada-Nya?
Wahai diri, adakah engkau yakin dengan bantuan dari-Nya untukmu?

Tarikh exam yg makin hampir plus dgn komitmen yg perlu diberikan sbg salah seorg peserta karnival sukan memerlukan persediaan mental dan fizikal yg tinggi, nak-nak bila result first exam 'comey'. Huh! Bila diajukan soalan, still nak join ke sukan tu? Sempat ke nak cover dan hadam segala rumus-rumus dan tindak balas? Ada bran??? Lalu, ku ajukan soalan buntu tersebut kepada insan yg amat aku kasihi dan percaya dgn pilihannya...jawapannya cukup membuat aku tersentak dan tersenyum;


"klu join, x semestinya result teruk..klu x join, x semestinya result better. So, usaha for exam and tawakkal. Sukankan good for health. Tak yah nak over stress nak exam, yg penting pastikan study macam biasa. Klu ada guna waktu study, qada balik"

IBU! You always help me go through the difficult times, when I don't know which decision to make. Love you fillah~ Ibu yakin aku boleh berusaha dan buat yang terbaik, jadi kenapa aku sendiri tak yakin diri? Smile! ^^ Alhamdulillah, at the end, He ease everything... Walaupun result  tak tahu lagi camne...tapi insyaAllah...Allah akan beri yang terbaik untuk aku dan teman-teman. Doakan...

Allah tengok pada usaha kita, bukan natijah! Yakinlah dengan kudrat yang dikurniakan kepadamu, walau berbeza dengan orang lain ketahuilah wahai diri engkau sangat istimewa. Engkau telah dipilih Sang Pencipta untuk melalui jalan ini dengan caramu yang tersendiri yang tidak bercanggah dengan syariat-Nya. Engkau dengan caramu, mereka dengan cara mereka masing-masing. Bukankah dengan ini dunia akan lebih berwarna-warni?


dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???