Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Ahad, 17 Mac 2013

O Allah!


Bismillah.

Sering kali, setiap kejadian yang berlaku...kita akan tertanya-tanya, sama ada bermonolog sendiri atau berkongsi rasa dengan insan yang dipercayai. 

"Apa advantagenya benda ni jadi pada aku?" 
" Betulkah ini yang terbaik untuk aku?"
 "O Allah! Why me???"
 "Aku tak kuat, ujian ini terlalu berat! Aaarrrgggghhhh."

Dan pelbagai lagi contoh dialog yang sama direpeat berulang kali seumur hidup. 
Sabar ye, wahai hati! Sebab Allah kan dah berfirman yang Dia tak akan uji hamba-Nya melainkan Dia tahu yg hamba-Nya yg bertuah itu dapat melalui ujian tersebut dgn machonya! ^^.  As long as kita tak lupa minta pertolongan-Nya, minta dipermudahkan oleh-Nya dan pohon reda-Nya. 


Jangan pernah putus asa dan putus harapan.
 Setelah segala usaha kita lakukan, tawakallah kepada-Nya.
Terimalah segala keputusan dari-Nya dengan hati yang reda dan ikhlas . 
Kerana sesungguhnya Dia hanya memberikan yang terbaik kepada hamba-Nya.

~tak semua yang kita inginkan itu kita akan dapat kerna Allah hanya memberikan apa yang kita perlu~

Ya Allah! Mungkinkah ini jawapan dari-Mu???
Jwpn terhadap persoalan ku yg kelmarin?
Bahwa ini yg terbaik untuk ku…
Dan yg aku inginkn itu bukan yg terbaik…

Ya Ilahi, yg memegang hati ini,
Kurniakan aku hati yg yakin dgn segala ketentuan-Mu,
Kurniakan aku hati yg reda dgn segala takdir-Mu,
Kurniakan aku hati yg kuat untuk menghadapinya,

Sungguh, aku lemah…
Sungguh, aku khilaf…
Sungguh, aku hanyalah seorang hamba…
Yg masih lagi mencari jalan reda-Mu.

Ya Rabbi, yg pada-Mu aku sandarkan pengharapan,
Kau Maha Mengetahui lintasan hati ini,
Kau Maha Mendengar bisikan dan resah hati ini,
Berikan aku pertolongan-Mu…
Kurniakan aku cinta-Mu…
Jadikan cintaku utk Mu dan kekasih-Mu…

Allah, kurniakanlah aku ketenangan.

~Hamba-Mu~


dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???