Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Jumaat, 14 Jun 2013

MY HEROES.


Bismillah.



"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".
(Ibrahim : 41)


Abah and abiey... both of you are my heroes ^^ (mood nak balik mas a.s.a.p.)


Alhamdulillah 'ala kulli hal...terngiang-ngiang ayat yang ibu selalu cakap kepada anak-anak, bersyukur awak semua ada dua mak, dua ayah yang peduli dgn awak semua. Saat ini, aku cuma mampu tersenyum bila terkenangkan ayat ibu. Betul. Aisyah dan adik-adik wajib bersyukur. 

Jika dirimu berasa bapa yang dikurniakan Allah kepadamu kini bukanlah yang terbaik, engkau tamak inginkan ayah yang lebih baik, fikirkan kembali. Siapakah yang selama ini berhempas pulas membanting tulang untuk memberi makan minummu, menyediakan pakaian dan kelengkapan dirimu, yang sedia melindungimu, mengajarmu erti kehidupan dan nilai-nilai agama? Allah telah berikan seorang insan bergelar 'ayah' yang terbaik untukmu. Jika engkau berasa ada kekurangan padanya, bukankah Allah menjadikan manusia itu tidak sempurna? Sudah pasti ada kurangnya. Pernahkah engkau merenung dan memikirkan kelebihannya pula? Bukankah itu lebih menggembirakan hingga hatimu terjentik untuk berterima kasih kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? 

-There are no perfect father, but a father will always love perfectly-


Abah, abiey, kami sayang kalian kerana Allah. Both of you tiada galang gantinya. Thanks for everything. Thanks sebab tak pernah putus harapan terhadap kami. Thanks sebab sentiasa peduli dengan kami. Thanks sebab sentiasa cuba penuhi impian kami yang kadang-kadang tak masuk akal. Thanks sebab sedaya upaya cuba buat kami senyum dan ketawa time kami sedih dan kecewa. Thanks sebab tak tidur malam jaga kami kalau kami sakit etc. banyak sangat hingga tak terhitung dan tak terbalas semuanya. 


dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan