Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Rabu, 19 Jun 2013

The Mast Cell.


Bismillah.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk sem soifi (summer) untuk tahun pertama sejak bergelar pelajar perubatan. Orang kata, belajar mengenai makhluk-Nya dapat dekatkan lagi kita dengan Sang Pencipta. Sejauh mana kebenarannya terpulang kepada individu itu sendiri. Jika dia hanya belajar menggunakan akal semata-mata, sekadar nak kejar result mumtaz, tak de apa yang dia akan dapat sebagai bekal rohaninya. Jika dia belajar menggunakan mata hati dan akal, memandang dari sudut pandangan hikmah, akan ada walau sekelumit ilmu dan rasa kasih Allah terhadap makhluk-Nya. Diriku pun begitu. Alangkah bahagianya iman andai tiap ilmu yang aku perolehi, aku dapat menafsir mutiara-mutiara hikmah yang Dia selitkan untuk aku dan teman-teman...tapi aku juga leka, aku juga tergolong dalam golongan yang rugi!

Study group memang banyak membantu. Di saat sahabat menerangkan mengenai mast cell, hati aku sayu. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Dari makhluknya yang sangat kecil yang tak bisa oleh pancaindera manusia, Dia selitkan hikmah-Nya. 



MAST CELL. 
Dalam mast cell ni ada heparin, histamine, ECF-A, NCF, leukotriens, prostaglandin and bradykinin. Dan kita akan fokuskan pada dua je : histamine and ECF-A (eosinophilic chemotatic factor). Function of histamine adalah luaskan salur darah arteriol (oxygenated) dan sempitkan salur darah venul (deoxygenated) dan akhirnya boleh jadi edema. Function of EFC-A pula, tarik eosinophil (salah satu sel darah putih) ke tempat jangkitan (site of inflammation) supaya eosinophil tadi boleh modulate inflammation melalui inactivate histamine. Bahasa mudahnya, ECF-A ni tolong kawal jangkitan dalam badan dengan menyahaktifkan histamine yang boleh menyebabkan edema

Ha! So, apa kaitannya? Cuba periksa balik diri kita. Dalam badan kita ada macam-macam, yang paling utama : akal, iman, dan nafsu. Nafsu manusia selamanya takkan pernah puas. Klik sini. Dan sudah semestinya jika Allah ciptakan nafsu yang boleh menjebakkan kita dalam murka-Nya, Allah ciptakan juga guard yang boleh mengawalnya, akal dan iman yang jitu. Tidakkah engkau menyedari ini tanda kasih Allah kepada hamba-Nya yang bergelar manusia? Dia tak pernah tinggalkan diri ini. 


Bila ada virus yang nak serang sel atau tisu badan, Allah ciptakan askar-askar antibodi yang siap berkorban untuk melawan mereka, jadi badan kita kekal sihat. Sweetkan Allah ^^

Semoga terus semangat untuk menimba ilmu dengan ikhlas kerana Allah. Selamat mencari ibrah di setiap ciptaan-Nya yang ada di sekelilingmu. Diri ini tak mampu untuk berjuang mengangkat senjata, biarlah air mata dan peluh menitis ketika diri ini berjuang mengangkat pena.

Dengan nama Allah, aku berjalan di jalan ini.


dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???

1 ulasan:

  1. kakya!!! melly rase cm name melly ad sbg yg disebut2 dlam entry kakya nih..hahha..tu je nk ckap..kbai! :)

    BalasPadam