Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Sabtu, 31 Ogos 2013

...


Bismillah.


“tik” “tik” ‘tik”
Jam terus berdetik dan masa terus berlalu,
Usiaku pula kian bertambah,
Ajal yg dijanjikan semakin mendekat,
Bukankah sudah tiba masanya aku menjadi hamba-Nya yg bersyukur?
Bukankah sudah tiba masanya aku menjadi anak yg solehah?
Bukankah sudah tiba masanya aku menyampaikan syahadatul haq yg menjadi amanah terbesar?
Adakah aku masih ingin lalai dan tenggelam dalam lautan dunia, dibawa oleh ombak nafsu?
Sedarlah dari angan dan mimpi!
Masaku semakin singkat.
Apa bekalku menghadap Rabbul Alamin?
Amal mana sepanjang hayatku yg diterima-Nya?
Adakah aku sudah punya jawapan yg pasti tentang pengakhiran?
Dunia bukanlah tempat yg abadi, aku tahu itu…namun tingkahku…
Apakah sesuai dengan apa yg aku nukilkan?
Apakah sesuai dengan apa yg aku katakan?
Kesempatan buatku masih ada…





dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???