Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Jumaat, 25 Januari 2013

Awal Kalam.

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلي على سيدنا محمد و على اله و صحبه أجمعين


Ketahuilah wahai diri,
sesungguhnya setiap kata dan perkara yang engkau coretkan di sini dan di mana-mana sahaja, secara terang atau sembunyi, ia akan dihitung kelak, di hadapan Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

~ Moga Allah redha~




Seseorang itu tidak dinamakan manusia jika dirinya sempurna, tidak pernah melakukan kesalahan, begitu juga DIRI INI. Bukan sekali, berpuluh-puluh, beratus-ratus, malah berjuta-juta kali aku tergelincir, terjatuh, terguling-guling, malah meraba-raba dalam gelapnya hidup tanpa cahaya iman...dan kini,
 AKU INGIN BERUBAH!!!  ku ulang : AKU INGIN BERUBAH !!!


Betapa besarnya cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya... kita tinggalkan kewajipan kita; solat, zakat, kita lakukan maksiat; menipu, mencuri, dll..tapi, cuba kita fikir, renung balik...Allah still lagi bagi kita hirup oxygen free, x kena bayar dulu baru guna, still lagi izinkan tangan, kaki, mata, telinga, lidah dan segala anggota badan yang lain untuk berfungsi dengan sebaiknya, menurut aturan yang sepatutnya...still lagi kita boleh hidup aman, bergurau-senda, makan makanan yang sedap-sedap, tidur dengan lena setelah segala suruhan-Nya kita endahkan, sedangkan semua itu bukankah datang dari-Nya? Bukankah ia terjadi dengan izin Allah? Haaa...baik x Allah? Pemurah x Allah? of course la.. Allah kan Ar-Rahman :) On top of that, the biggest thing is...He still give us; you, me and every single person plenty of chances to change, to repent, to turn a new leaf and become a better person  ^^  so, 

selamat bermujahadah wahai diri ! 
jangan kau berputus asa untuk menggapai cinta-Nya dan cinta Rasulullah,
sungguh jalan ini bukan mudah,
penuh mehnah dan ujian yang menanti,
tapi percayalah dan bersabarlah wahai diri,
kerna hujungnya kemanisan dan keindahan yang abadi
yang telah Allah janjikan untuk hamba-Nya yang terpilih sahaja.


dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???