Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Isnin, 30 Disember 2013

Aim kita syurga...hooyeah!


Bismillah.

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. Bersyukurlah wahai diri kerna cinta-Nya masih ada untukmu... jika tidak, mana mungkin Mak cik Hidayah mahu menyapamu lagi? Dalam situasi 'imtihan nihaie' yg kian mendekat, jangan pernah dilupakan bahawa ajal mu juga semakin menghampiri... Lalu bekal apa yang kau telah siapkan? Amal mana yang engkau yakin akan diterima-Nya? Cubalah senaraikannya satu-persatu, kemudian barulah engkau boleh menghembus nafas lega.. Tetapi, legakah kamu?



Dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga); mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah); berada dalam syurga kenikmatan; segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu; dan segolongan kecil dari orang yang kemudian.
(Al-Waqiah, 56: 10-14)

Sungguh cantik aturan-Nya, membuatkan diri ini kagum dan tersenyum sendiri. Sungguh cantik kebetulan yang disusun-Nya, usai tadabbur, Dia sajikan pula untukku sebuah artikel yang membuatkan hati ini diketuk-ketuk untuk terus kuat menuju reda-Nya. Aim kita syurga.. hooyeah! 

Allah telah berfirman bahawa hanya segolongan kecil umat akhir zaman, umat Rasulullah s.a.w yang masuk ke dalam syurga. Allah, golongkan aku dan insan-insan yang ku sayang, yang bersama denganku dalam golongan yang sedikit itu. Ayuhlah, kita berpimpin tangan menuju syurga-Nya. Maafkan diri ini yang selama ini tidak menunaikan hak kalian. Sungguh, aku yang bersalah. Kita saling mengingatkan ye~


Allah, thabatkan langkahku dan mereka. Allah, kuatkan hatiku dan mereka.


dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???