Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Rabu, 1 Mei 2013

The Challenge and The Trust.


Bismillah.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا 
- Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya-
(al-baqarah : 286)

Kalam-Nya sering sahaja kita dengari dan lazimi...tetapi adakah diri ini mengerti dengan sebenar -benar pengertian? Adakah diri ini beramal dengan sebenar-benar amalan? Muhasabahlah guna cermin hati.

Wahai diri, adakah engkau yakin dengan kemampuanmu?
Wahai diri, adakah engkau yakin dengan pergantunganmu kepada-Nya?
Wahai diri, adakah engkau yakin dengan bantuan dari-Nya untukmu?

Tarikh exam yg makin hampir plus dgn komitmen yg perlu diberikan sbg salah seorg peserta karnival sukan memerlukan persediaan mental dan fizikal yg tinggi, nak-nak bila result first exam 'comey'. Huh! Bila diajukan soalan, still nak join ke sukan tu? Sempat ke nak cover dan hadam segala rumus-rumus dan tindak balas? Ada bran??? Lalu, ku ajukan soalan buntu tersebut kepada insan yg amat aku kasihi dan percaya dgn pilihannya...jawapannya cukup membuat aku tersentak dan tersenyum;


"klu join, x semestinya result teruk..klu x join, x semestinya result better. So, usaha for exam and tawakkal. Sukankan good for health. Tak yah nak over stress nak exam, yg penting pastikan study macam biasa. Klu ada guna waktu study, qada balik"

IBU! You always help me go through the difficult times, when I don't know which decision to make. Love you fillah~ Ibu yakin aku boleh berusaha dan buat yang terbaik, jadi kenapa aku sendiri tak yakin diri? Smile! ^^ Alhamdulillah, at the end, He ease everything... Walaupun result  tak tahu lagi camne...tapi insyaAllah...Allah akan beri yang terbaik untuk aku dan teman-teman. Doakan...

Allah tengok pada usaha kita, bukan natijah! Yakinlah dengan kudrat yang dikurniakan kepadamu, walau berbeza dengan orang lain ketahuilah wahai diri engkau sangat istimewa. Engkau telah dipilih Sang Pencipta untuk melalui jalan ini dengan caramu yang tersendiri yang tidak bercanggah dengan syariat-Nya. Engkau dengan caramu, mereka dengan cara mereka masing-masing. Bukankah dengan ini dunia akan lebih berwarna-warni?


dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan