Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Sabtu, 11 Mei 2013

IBU..UMMI..+ Mother's Day.


Bismillah.

Huh! Melanjutkan pengajian di perantauan, beribu-ribu batu jauh dari sosok tubuh yang sangat dicintai kerana Allah, membuatkan diri ini lebih menghargai insan yang bergelar ibu, ummi. Rindu yang membuak-buak ini ku titipkan melalui angin yang berhembus, moga sampai kepadanya. 





"Dan Kami perintahkan kpd manusia (agar berbuat baik) kpd kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dlm keadaan lemah yg bertambah-tambah, dan menyusukannya dlm usia dua tahun. Bersyukurlah kpd-Ku dan kpd kedua org tuamu. Hanya kpd Aku kamu kembali." 
(Luqman : 14) 

Mari telusuri pengorbanan dan harapan seorang ibu, betapa tingginya martabat seorang ibu;


Ya Allah, adakah aku telah melaksanakan amanahku sebagai seorang anak dengan sebenar-benarnya? Diri yang kerdil ini sering sahaja terleka, melalaikan tanggungjawab yang tergalas di bahu. Jasad ini sering sahaja melakukan perkara yang mengguris hati lembut seorang ibu.

Seorang ibu itu sangat istimewa... Kasih sayang yang dicurahkannya takkan pernah bisa disamakan dengan bumi seisinya... Pengorbanan dan jasa seorang ibu dalam melahirkan dan mendidik seorang insan takkan dapat dibalas... Setitik air mata seorang ibu itu boleh memberi impak yang besar dalam hidup insan yang bergelar anak.
Bukankah reda Allah pada reda ibu bapa?

Tika ini, wahai diri yang masih diberi peluang oleh Ar-Rahman... bangunlah dari tidur yang panjang. Gunakan kesempatan ini untuk membuktikan cintamu pada ibu, pada ummi. Wahai insan yang ratu hatinya telah beristirahat dengan tenang, kirimkan bekalan untuknya. Bukankah ia akan menjadi bukti cintamu yang ikhlas kerana Allah?

'Di saat kita berjauhan, rasa ingin ku berlari mendakapimu penuh girang, bak si kecil kehilangan...'
-Belaian ibu, Hijjaz-

IBU, terima kasih untuk segalanya. Thanks sbb kapit jari kak ya waktu kecik2 dulu bila kak ya x leh jawab homework math. Thanks sbb rotan kak ya dulu bila kak ya buat salah. Thanks sbb masak makanan favourite kak ya. Thanks sbb cukupkan keperluan kak ya. Thanks sbb sentiasa paham kak ya. Thanks sbb selalu peluk kak ya bila kak ya nangis...i really miss your hug. Thanks sbb reda dgn kak ya. Thanks sbb sentiasa bg kak ya support and sentiasa doakan kak ya.

UMMI, thanks sbb sudi jadi ummi kak ya. Thanks sbb sabar dengan kerenah kak ya. Thanks sbb cukupkan keperluan kak ya. Thanks sbb sentiasa bg kak ya semangat and ajar kak ya macam2. Thanks sbb sentiasa doakan kak ya, ambil berat pasal kak ya. Thanks sbb sayang kak ya. 

Nak tulis semua, berpuluh2 muka surat... Yang pasti, kak ya sayang ibu and ummi. Tak sabar nak balik!


"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jgn menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kpd ibu bapa. Jika salah seorg di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dlm pemeliharaanmu, maka sekali-kali jgnlah engkau mengatakan kpd keduanya perkataan "ah" dan jgnlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kpd keduanya perkataan yg baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dgn penuh kasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil."
(Al-Isra' : 23-24)

Ketahuilah bahawa ibu merupakan salah satu tanda sifat penyayang Allah kepada diri kita.


Bagi Aisyah, tiap-tiap hari merupakan hari ibu.

dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan