Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Sabtu, 8 Mac 2014

Ukhtie 'QOWIY'


Bismillah.

First time liqa' officially dgn kak Ayman. Selama ni sharing-sharing tu dah biasa. Ok, terus Allah send direct kata-kata yang sangat menusuk kalbu. Pada detik awal menerima tarbiyah, aku inginkannya untuk merubah diri ini yang sepertinya sudah melencong jauh, mudah sekali alpa dan leka. Ya, sebagai satu peringatan untuk dan sebagai satu medan untuk mengimprovekan diri. Sampai detik menerima Syahadatul Haq, baru sedar bahawa tugas untuk menyebarkan dakwah ini tergalas di atas bahu... menunggu masa untuk dilaksanakan. Tetapi nafsu dan syaitan itu tak mahu kalah, masih cuba menggoda dan melekakan diri dari hadaf sebenar Allah ciptakan aku di dunia fana ini. Akhirnya, hati ini bagai dilempang-lempang dengan peringatan yang membuatkan persepsi aku pada tarbiyah itu berubah serta merta :

"Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yg bertaqwa; Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya."
(At-taubah: 44-45)

Kan dah kena! Atas alasan apa lagi kau mahu menoleh? Atas alasan apa lagi kau mahu mengundurkan diri?  

k Ayman syg, semoga akak sentiasa thabat dan istiqamah dalam menyebar cahaya cinta Ilahi.

Ukhti sayang, sebenarnya setiap ayat yang kita tadabbur malam itu sangat memberi impak maksima. Sangat sangat terkesan. Soalan cepumas akak malam tu : Apa matlamat/target antunna dalam DnT dalam 5 tahun akan datang? Ok.. saya masih lagi berfikir tentang jawapan yang sepatutnya..huhu..

Ayat yang akak ulang dan ulang pada liqa'kedua (malam terakhir akak di Jordan), untuk terus membakar semangat kami yang baru belajar untuk menapak dalam jalan yang penuh mehnah ini :

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
(Muhammad: 7)

Akak juga sering kali ulang, jalan ini akak tak janjikan kami dengan red carpet, taburan bunga-bunga yang mewangi... insyaAllah kak. Kami akan terus melangkah dan melangkah, jika perlu berlari akan kami berlari sekuat daya kami. Doakan kami terus thabat dalam melangkah ^^


Jazakillah khairal jaza' ukhti umme ayman. Kini definisi tarbiyah itu telah berubah. Tarbiyah itu adalah satu medan untuk kita membentuk sifat dan jati diri seorang individu muslim. Dalam masa yang sama, kita inginkan orang disekeliling kita juga merasakan yang sama. Kita ingin mereka tahu dan faham sebagaimana yang kita tahu dan mengerti. Kita ingin mereka rasa kemanisan iman itu seperti mana kita merasa betapa manisnya iman itu. Kita ingin mereka memandang segenap dimensi melalui kaca mata deen itu. Perasaan inilah yang akan mendorong kita untuk terus berjalan di muka bumi ini sebagai seorang da'ie ila Allah.

Akak juga merupakan antara perkara terbaik yang pernah terjadi kepada saya, yang dikirimkan Allah kepada saya sebagai tanda rahmat dan cinta-Nya. Selamat melangkah ke medan baharu yang lebih mencabar tetapi insyaAllah lebih terasa kemanisannya. Salam sayang dari bumi Syam~

dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan