Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'am: 162)

Isnin, 28 Oktober 2013

Teruskan langkahmu!


Bismillah.

Hari silih berganti. Masa sesekali tidak akan menunggu. Huh! Keluhan kecil itu tetap ada, konon melepaskan beban yang menggunung... padahal tanggungjawab yang terlaksana barulah sekelumit cuma, masih banyak perkara yang meminta dilaksanakan juga haknya. Allah, sungguh aku memang tergolong dalam golongan yang rugi.. T.T

'The FUTURE', satu perkara yang misteri dan penuh dengan tanda tanya. Bahkan kejadian hari ini juga tak pernah terbayang di akal manusia. Berborak dengan teman-teman syurga mengenai masa hadapan; dua, tiga tahun akan datang.. Fuuh!!! Sungguh jauh ke hadapan, seperti wawasan 2020. hihi.. Dalam kita memikirkan yang jauh dan tidak pasti, apakah kita sudah menghargai apa yang terjadi hari ini? Sudahkah amanah masa yang Allah titipkan kini, dipenuhi dengan perkara yang sepatutnya? Tak perlu 'flashback' jauh-jauh, saat ini, detik ini, apakah yang sedang diri ini lakukan? Allah! ampuni aku. 

Semakin lama, semakin sukar jalan yang perlu dilalui. Semakin banyak onak durinya, semakin banyak cubaan dan ujian di pertengahan jalan. Moga kaki ini kuat untuk terus melangkah. Moga hati ini thabat untuk terus berjalan atas jalan-Nya. Allah yusahhil! 

#mood nak fatrah 'exam'. Debar di hati Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah ada sahabat-sahabat yang sering mengingatkan, yang sering bersedia untuk luangkan masa membantu ~Thanks u'olls~ Kita sama-sama buka lembaran baru... Naikkan pointer (huhu, malu weh dengan junior. Kalau diorang boleh, kita mesti lebih lagi.) Kita kan 'pioneers'. STRIVE, DOCTOR UMMAH-TO-BE!

tarik nafas...hembus! kutip semangat utk terus kuat. yeah!

* Allah dah pilih kita untuk berada di landasan ini. Yuk! Do our best ^^ *

dunia merupakan persinggahan untukku ke akhirat...amalku nanti bakal dihitung 
hanya dua destinasi yang pasti, aku di syurga atau di neraka ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan